pulut kuning @ nasi kunyit

Wednesday, January 27, 2010


Sebenarnya baru nk belajar. Mn reti..hehe..belek2 magazine rasa nk buat jek..try n error huhu..


2 cawan beras pulut
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih ¼ sudu garam
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan

caranya mcm ni:

Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang lagi sdp. tapi mek hidang ngan telor dadar jek. hehe.

makaroni bakar

Tuesday, January 26, 2010


awas. gambar kat atas menunjukkan makaroni bakar ala mek da okih. hehe. halo halo selamat pagi puan-puan. hari ni kite beralih seketika dari meja ke dapur mek jap eh. hihi. xkan hari-hari dok kat meja jek kot. sekali sekala kena gak buat2 rajin kat dapur ye idak. hahaha.

baiklah. hari ni mek nak share resepi makaroni bakar ala mek plak. tlg jgn ketawa terguling-guling bila tgk rupa makaroni mek yg tak berapa nak cantik tuh. xpe, janji sedap. kahkah. my favourite food.

skang mek nak bgtau ape yg diperlukan untuk membuat makaroni bakar ini ye puan-puan. jgn keliru, ade org lain punya resepi. mek buat gini jek. suka suki mek jeee...



first, pasti la makaroni ok. masa mek buat nih, mek guna 1/4 jek dari sebungkus makaroni pilihan mek, brand 'sand remo'. kalo nk guna lebih sikit, jgn lupa tambah jumlah telor okih. agak2 jek la. suko benor agak2. hihi.



pastu nih ha antara bahan2 nya lagih. mek guna sebijik jek bwg merah sbb mek xsuka bawang byk2. kalo korang suka letak la lebih sikit. ade org guna bwg besar. pastu jgn lupa sediakan daun bawang sekali.

sediakan 5 bijik telor. daging lembu kisar. mek guna separuh daripadanya. lihat gambar. minyak sapi lebih kurang 1/4 tin jek. ade org guna minyak msk je. then serbuk lada hitam ataupun lada sulah pun xpe. pastu sediakan kacang peas dlm tin tuh. jgn dilupa keju nya! i like cheese. sebenarnya elok korang gunakan cheese yg tabur2 tuh. mende dah namanya. jakun plak mek nih. tp disebabkan kat peti ais umah mek ade dah spread cheese tuh, so pakai ajek yg nih. kuang2. jgn lupa, garam dan serbuk perasa secukup rasa okihh.

mari kite tgk mcm mn nk buat lak.



first, makaroni di celur dgn air dan sedikit minyak sapi. sejatkan mcm dlm gambo tuh. daging kisar td pun dibasuh dan disejat. begitu jgk dgn kacang peas dlm tin tuh. guna sikit jek kacang nih. mayang bawang dan daun bawang halus-halus.



pukul telor hingga kembang. masukkan daun bawang, bawang merah yg telah dihiris halus-halus td. pastu masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

dlm bekas yg berlainan, masukkan minyak sapi yg telah dicairkan dan disejukkan. pastu masukkan makaroni. gaulkan makaroni yg telah direbus td dgn daging kisar dan kacang peas. then, semua bahan yg telah disatukan digaul sekali.




ambik loyang. sapukan minyak sapi di dlm loyang. tp, jgn lupa panaskan oven dulu. tuang bahan-bahan yg digaul semua td dlm loyang. ratakan. atas sekali letak la keju seberapa byk yg korang suka. lg byk keju lg sodap gitu. huhuhu. pastu mula la membakarnya. kehkeh.



tadaa...dh siap bakar pun. tgk. ade yg tak rata kan? xpe la. better letak telor byk sikit supaya makaroni tuh tenggelam. tak de la jd tak rata mcm tuh.

hiris 2 keping bg kat jiran sebelah umah. alamak lupa plak nk hias ngan sos cili. br la nampak mengiurkan. hehe. poyo.


zoom sikit. hmm...sdp la jgk...cehh...buat la jgn tak buat. cuba tau. nati leh kita share2 kat sini. hikhik.

korang punya resepi mcm mn lak? ade org letak susu segar la. serbuk kari la. lapis ngan mayonis la. mcm2 cara. terpulang pd korang. leh jgk hiris-hiris 'hot dog' letak kat ats tuh. huh...nyum..nyum...

masa buat nih, encik suami tak de kat umah. so, senang sikit nk ambil gambo. kalo tidak ade org mengutuk sakan. fuhhh...

puding jagung

Monday, January 25, 2010



Haaaaa...inilah bahan2 nya...satu plastik tepung kastard Bird Custard, 2 tin susu cair, 1 tin jagung ala krim, satu sudu kecil esen vanilla dan gula secukup rasa.



Dengan bangganya mek ingin menunjukkan gambar puding jagung berkrim ku ini. Alamak!!! Sangatlah xcantik hoi. Berkerutuk gitu...tp kan seni namanya tuh (ayat cover nih)..eee..Korang tgk ar...berkerutuk tuh..x cantik ler...tp yang penting ianya sedap berkrim...kuang...kuang...nyum..nyum..

ikan patin masak tempoyak

Friday, January 22, 2010




Ikan Patin Masak Tempoyak. Request by Encik suami. Hikhik. Bagi mek lauk nih sdp dimakan pada waktu tengahari. Kena lak ngan ulam-ulaman, sambal, tembikai...huh...mmg mek suka.

mek punya bahan untuk masak lauk nih:

Ikan Patin
Bwg merah
Kunyit
Cili Padi
Asam gelugor
Daun Kesum
Tempoyak
Minyak msk
Air
Garam
Ajinamoto
Secubit gula



Ekceli ader org letak timun btg, bunga kantang, halia...mcm2 le..mek taruk nih jek..simple2 jek utk mkn mlm. Hehe. Yg pasti cili kena letak byk...bagi pedas br sdp mkn ngan nasi panas2.

dadih vanilla



mlm minggu yg lps mek rajinkan diri godek-godek dadih. mesti haikal suka. sebut betul2 dadih ye bukan dadah! ahaks...ape mek melalut nih. hihi.

senang jek buat nih. korang beli serbuk dadih yg segera tuh...mcm2 perisa ada. berlambak kat pasaraya tuh. mek beli perisa vanilla. cara buatnya simple. cam masak agar2. panaskan air dlm periuk lebih kurang 3000 ml. pastu masukkan setin susu cair. masukkan gula 100 gm. agak2 le manis ke tak. kacau sampai mendidih. bila dh betul2 mendidih, tutup api. lps tuh baru masukkan serbuk dadih segera tuh. then, kacau hingga sebati. hehe. mudahkan? ala korang mesti tahu punya. hehe. selepas itu bolehlah disejukkan. mek pakai bekas yg kecik2 tuh. haaa..lps tuh boleh la disimpan dlm peti ais. buat stok banyak2. sdp dimakan bila2 masa. hehe. haikal sgt suka. huhu.

gulai ikan tongkol



Korang.....sila beri perhatian..gulai nasi dagang nih mek yg buat tau.poyo. encik suami just masak nasi jek (ayat cover)...aderkah kelihatan lazat atau korang rasa nk muntah gitu...eee..bahan2 nya...cam biasa ler..

2 ekor ikan tongkol
20 biji bawang merah, ditumbuk
3 cm lengkuas, dititik
2 cm kunyit hidup, ditumbuk
4 sudu besar kerisik
2 mangkuk santan daripada 1 biji kelapa 1 ulas bawang putih
2 cm halia, dititik
20 tangkai cili kering, ditumbuk halus
Sedikit asam gelugur
Minyak untuk menumis
5 tangkai cili hijau

Bersihkan ikan dan dipotong mengikut suka. Masukkan ke dalam periuk.

Taburkan garam dan asam gelugur di atas ikan. Tuang air hingga ke paras ikan.

Tutup periuk dan jerang di atas api sederhana. Rebus hingga kering.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili tumbuk, kunyit, halia, lengkuas dan santan pekat.

Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, kerisik, cili hijau, garam dan gula.

Biar hingga mendidih baru diangkat.

pulut berinti


kali ni nk bg resepi pulut berinti. pulut ini dibuat dgn kerjasama sepenuhnya oleh encik somi. maklum la tukang kukus pulut. hohooo...

jom semak sini.

bahan inti:
1 cawan kelapa parut
½ cawan gula merah
½ gelas air
daun pandan
3 cawan pulut
1 ½ cawan santan
daun pandan
garam

cara:
bersihkan pulut dan rendam selama 4 jam. kukus pulut bersama daun pandan sehingga masak.

gaul pulut yang telah masak bersama santan yang bercampur garam dan ketepikan.

untuk inti, masak gula dengan air. masukkan daun pandan dan kelapa parut.

kacau hingga pekat.

angkat dan sejukkan.


dah siap.....sdp dimakan utk sarapan mahupun minum petang. cuba la. hehe. biasa arr..resepi mak-mak. nenek-nenek. mak nenek. hehe.

:: dari dapur mek :: Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino