gulai ikan tongkol

Friday, January 22, 2010



Korang.....sila beri perhatian..gulai nasi dagang nih mek yg buat tau.poyo. encik suami just masak nasi jek (ayat cover)...aderkah kelihatan lazat atau korang rasa nk muntah gitu...eee..bahan2 nya...cam biasa ler..

2 ekor ikan tongkol
20 biji bawang merah, ditumbuk
3 cm lengkuas, dititik
2 cm kunyit hidup, ditumbuk
4 sudu besar kerisik
2 mangkuk santan daripada 1 biji kelapa 1 ulas bawang putih
2 cm halia, dititik
20 tangkai cili kering, ditumbuk halus
Sedikit asam gelugur
Minyak untuk menumis
5 tangkai cili hijau

Bersihkan ikan dan dipotong mengikut suka. Masukkan ke dalam periuk.

Taburkan garam dan asam gelugur di atas ikan. Tuang air hingga ke paras ikan.

Tutup periuk dan jerang di atas api sederhana. Rebus hingga kering.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili tumbuk, kunyit, halia, lengkuas dan santan pekat.

Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, kerisik, cili hijau, garam dan gula.

Biar hingga mendidih baru diangkat.

0 comments:

Post a Comment

:: dari dapur mek :: Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino